Assalamualaikum kpd semua pembaca blog saya... Memandangkan hari lebaran pun sudah semakin hampir,di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan kpd semua muslimin dan muslimat supaya tujuan utama menyambut hari lebaran adalah untuk meraikan kemenangan kita menahan dan melawan nafsu selama sebulan..
Jadi selaku seorang muslim,saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan supaya janganlah membazir dan jika hendak pulang ke kampung halaman pandulah dengan berhemah... Sekain,wassalam
Thursday, September 17, 2009
Friday, August 14, 2009
Berjihadlah Anda di Jalan Allah
Assalamualaikum kpd semua pembaca blog ini. Saya harap saudara dan saudari berada dalam keadaan yang dirahmati Allah. Pada kali ini saya akan membincangkan mengenai peranan umat Islam dlm menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Sebagai khalifah di muka bumi ini,kita diseru supaya meninggikan kalimah tauhid dan kalimah Allah di tempat yang paling terpuji. Jadi,kerana itulah kita diseru untuk berjihad di jalan Allah swt.
Monday, June 22, 2009
Kewujudan Laksamana Sunan

Novel epik thriler karya Ramlee Awang Murshid telah banyak menimbulkan pelbagai tanda tanya. Salah satu watak di dalam novel ini Saifudin atau digelar sebagai Laksamana Sunan. Laksamana Sunan ini telah banyak menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji-pengkaji sejarah. Beliau dikatakan wujud sama zaman dengan Datuk Laksamana Hang Tuah tetapi beliau telah dikalahkan oleh hang tuah. Laksamana Sunan dikatakan telah lahir di kampung Punggor yang terletak di Ujung Tanah(Johor) tetapi beliau menumpahkan taat setia kepada Sultan di Tanah Rencong(Aceh). Persoalannya sekarang siapakah Laksamana Sunan yang dikatakan hebat dengan jurus angin beliau... Adakah beliau benar-benar wujud atau khayalan atau sekadar seorang lagenda...?
Subscribe to:
Posts (Atom)