
Novel epik thriler karya Ramlee Awang Murshid telah banyak menimbulkan pelbagai tanda tanya. Salah satu watak di dalam novel ini Saifudin atau digelar sebagai Laksamana Sunan. Laksamana Sunan ini telah banyak menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji-pengkaji sejarah. Beliau dikatakan wujud sama zaman dengan Datuk Laksamana Hang Tuah tetapi beliau telah dikalahkan oleh hang tuah. Laksamana Sunan dikatakan telah lahir di kampung Punggor yang terletak di Ujung Tanah(Johor) tetapi beliau menumpahkan taat setia kepada Sultan di Tanah Rencong(Aceh). Persoalannya sekarang siapakah Laksamana Sunan yang dikatakan hebat dengan jurus angin beliau... Adakah beliau benar-benar wujud atau khayalan atau sekadar seorang lagenda...?